Wednesday 30 January 2013

MY LIFE BEGIN


         Ini aku, nama diberi adalah Mohamad Riduan….aku ketika ini berusia lebih kurang  5 tahun dah, disebelah aku adalah abang aku berusia setahun lebih tua dari aku…amacam??comel tak aku masa nie…hehehehe…memang tak dapat dinafikan lagi bahawa setiap manusia didunia ini pernah digelar comel….hahahaha…

Dilahirkan di Hospital Lau King Howe Sibu Sarawak...menetap di Sibu selama lebih kurang 4 tahun setengah sebelum menetap di kampung halaman ku iaitu seperti yang tersirat di profil peribadi ku…..aku anak kedua daripada 7 orang adik beradik ku….seorang abang dan 5 orang adik….daripada jumlah tersebut hanya seorang sahaja daripada kami bejantina perempuan….

Memasuki alam persekolahan adalah amat ditakuti apabila aku memasuki pra sekolah di sekolah kebangsaan nangar besar….memulakan hari pertam dengan lenangan air mata dan suara “merdu “ jeritan kerana takut ditinggalkan sendirian oleh ibuku…actually, sebelum perpindahan kami ke kampung halaman…aku sempat bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina selama beberapa hari…hehehe…dalam aku menjalani hidup di sekolah ini aku sering kali menangis kerana tidak tahan dengan cubitan kawan sekelasku kerana aku sering meminjam peralatan sekolah beliau…hehehe..amat melucukan bila difikirkan kembali peristiwa ini….selain itu, aku juga sering tertanya –tanya kenapakah bila tiba waktu rehat aku tidak diberi makanan seperti kawan2 ku yang lain…..sehinggalah aku sudah mula mendalami ilmu pendidikan islam di sekolah baru ku,pada waktu itu lah aku mula teringat kembali kenapa kah masa aku bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina dahulu tidak diberi makan pada waktu rehat….ini kerana makanan yang diprovide oleh sekolah tersebut tidak sesuai untuk aku…kerana dalam makanan tersebut terdapat daging khinzir…..Islam mengharamkan umatnya memakan binatang yang dalam bahasa arabnya khinzir…hehehe…

Berbalik kepada sekolah baru ku…mungkin disebabkan peristiwa di sekolah lama ku menyebabkan aku menangis ingin pulang ke rumah apabila dihantar ke sekolah…dan satu fakta yang aku dapat sepanjang aku masih kecil molek dahulu….budak2 sebenarnya suka main2 dengan benda  baru....while aku menagis tadi cikgu aku memujuk ku dengan memberikan aku seketul tanah liat untuk mainan ku…sejurus selepas itu aku pun berhenti menangis…(seingat aku lah…) saban hari aku pown semakin lama semakin minat untuk bersekolah kerana disini aku dilayan dengan lebih prihatin…waktu rehat diberi makanan sedap lgi tu…nak main sampai petang pun boleh…hehehe….itu lah zaman prasekolahku…


Tahun berikutnya aku pula memasuki ke darjah satu, tahun ini aku mula lah bertukar wajah dari segi pakaian yang sebelumnya biru dan sekarang putih, berseluar biru gelap…tahun ini tiada apa2 yang ingin ku cerita kan….berada di sekolah maksudnya tidak kan terlepas dari ujian;baik dri ujian bulana,mingguan,percubaan dan akhir sekali ujian akhir tahun….alhamdulillah kesemua ujian tersebut ku perolehi dengan keputusan yang amat membanggakan dengan mendapat kedudukan teratas daripada 35 orang kesemuanya…

Tahun berikutnya,aku memasuki darjah dua pula….aku mula dikenali di mata cikgu-cikguku dulu sebagai seorang pelajar yang cemelang…hehehe….sedikit kekecewaan berlaku pada kali ini kerana ujian kali ini aku menurun satu anak tangga jatuk ke kedudukan kedua dalam kelas…amat memilukan…dan ketakutan juga menyelubungi jiwa ini kerana takut dimarahi oleh ibuku…huhuhuuhu…ibuku seorang yang agak garang juga sampai aku menitis air mata dimarahi…bayangkan saudara dan saudari…baru dimarahi dah menangis belum lagi dipukul…haiii lah badan apalah nasib aku masa ni…huhuhuu…

Masuk darjah tiga pula, tahun ni aku amat bertuah sekali kerana telah ditawarkan untuk mendapatkan biasiswa yayasan Sarawak….even though  tak lah banyak sangat, tapi at least bleh menampung sedikit perbelanjaan sekolah ku…dan yang paling malang nya, bebudak selepas dan sebelum kami tiada pernah mendapatkan biasiwa tersebut…Alhamdulillah kerana aku tergolong dalam golongan insan yang bertuah…hahahaha…penerima biasiswa ini adalah hasil selection oleh pihak sekolah kepada pelajar cemerlang or dalam bahasa mudahnya top 3…hanya tiga insan terpilih sahaja yang akan menerima biasiswa ini…dan harus diingatkan bahawa biasiswa ini boleh bertukar hak milik kepada sesiapa yang tergolong dalam top 3….

Darjah empat pula,kini umur ku memasuki 10 tahun, ketinggian ku semakin bertambah, keCOMELAN semakin berkurangan dan daya berfikir semakin tinggi dimana aku dapat mengenali sedikit demi sedikit yang mana buruknya dan yang mana baiknya…

Darjah lima, tahun ini aku telah diujikan tahap ketajaman akal fikiranku..dimana ustaz di sekolah tersebut menyuruh ku memasuki pertandingan hafazan surah-surah lazim….bermula diperingkat zon matu daro…Alhamdulillah aku telah memenangi pertandingan tersebut dan akan mewakili zon matu daro ke sarikei kelak…hahahaha…what a nice moment bersiar2 dalam usia yang masih muda…hahahaha…

Darjah enam, tahun ini adalah tahun terakhir ku sebelum melangkah ke alam sekolah menengah..huhuhuhuhu…selain itu juga tahun ini juga tahun dimana aku akan mengambil  peperiksaan UPSR….salah satu pepriksaan yang lebih kurang pentingnya untuk menetukan sekolah mana yang akan kami masuki selepas ini….

Itu saja yang dapat ku coretkan setakat ini…next time kita akan sambung dengan perjalanan hidupku sekolah menegah pula…thank u all baca blog aku….datang lagi…